Hari Biodiversiti Jaminan Sekuriti Makanan Negara – MARDI

- Advertisement -

SERDANG – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menganjurkan sambutan Hari Biodiversiti Sedunia Peringkat MARDI 2023 bagi menyokong keterjaminan bekalan makanan dari segi kuantiti dan kualiti.

Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, sambutan ini juga bertujuan memberi fokus kesedaran isu biodiversiti dan kepentingannya terhadap kelestarian pertumbuhan sektor pertanian.

“Sejajar dengan pengistiharan 22 Mei setiap tahun sebagai Hari Biodiversiti Sedunia, MARDI juga mengambil inisiatif melaksanakan pelbagai aktiviti bagi memeriahkan sambutan tersebut di peringkat MARDI.

“Tema sambutan “From Agreement to Action: Build Back Biodiversity” dipilih adalah untuk memberi sokongan dan implementasi kepada Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat UN Biodiversity Conference (COP15) di Montreal, Canada pada Disember 2022,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelansya ia dilaksanakan bagi melihat halatuju negara bagi memenuhi implementasi kepada perjanjian antarabangsa sebagai komitmen negara.

“MARDI sebagai sebuah institusi penyelidikan berasaskan pertanian sentiasa memastikan hasil penyelidikan dapat mencapai sasaran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan terutama dalam aspek ketersediaan, kestabilan dan kemampanan sekuriti makanan negara tanpa mengabaikan kelestarian biodiversiti,” katanya.

Sasaran ini juga katanya telah menjadi panduan utama dalam strategi penyelidikan MARDI di bawah Teras Ke-3 yang memfokuskan kepada aspek penerokaan, pemuliharaan dan penggunaan biodiversiti, dan sumber asli untuk kelestarian pertanian serta penjanaan kekayaan baru.

Selain itu sebagai simbolik Hari Biodiversiti itu juga, MARDI telah melancarkan varieti baharu periuk kera iaitu spesis Nepenthes rafflesiana var. zabawiana.

Varieti baharu ini ditemui di Taman Negeri Rompin dan Setiu Wetlands merupakan dokumentasi Projek Penyelidikan yang dijalankan MARDI bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Varieti baharu ini dinamakan dengan nama Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani atas sumbangan dan sokongan beliau dalam kajian eksplorasi, pemuliharaan dan penggunaan lestari sumber agrobiodiversiti negara di MARDI.

Turut diadakan bagi sambutan tersebut ialah seminar secara hibrid yang menarik lebih 150 orang peserta yang akan dikongsikan mengenai peluang, halatuju dan jaminan kelestarian biodiversiti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat