Saat dunia berebut, Hong Kong akan buang jutaan dos vaksin Covid-19 tamat tempoh

- Advertisement -

HONG KONG – Sedang rakyat negara lain di dunia berebut mendapatkan vaksin berbeza situasinya di Hong Kong.

Hong Kong berkemungkinan besar perlu membuang jutaan dos vaksin kerana akan mengalami tarikh luput disebabkan bilangan individu yang mendaftar bagi penerimaan vaksin tidak mencukupi.

Hong Kong antara negara bertuah di dunia kerana berjaya memperoleh bekalan vaksin lebih daripada mencukupi untuk melakukan program vaksinasi terhadap 7.5 juta penduduknya.

Namun, disebabkan ketidakpercayaan rakyat terhadap pemerintah yang semakin meningkat sehingga berlaku perbezaan pendapat serta penyebaran maklumat palsu dalam talian menimbulkan keraguan terhadap vaksin.

Bekas Pengawal Pusat Perlindungan Kesihatan, Thomas Tsang memberi amaran rakyat Hong Kong hanya mempunyai tempoh tiga bulan sahaja sebelum vaksin fasa pertama Pfizer-BioNTech akan tamat tempoh.

“Vaksin itu tidak boleh digunakan lagi selepas tarikh luput dan pusat vaksinasi BioNTech akan berhenti beroperasi selepas bulan September,” katanya.

Tsang juga melahirkan kekecewaan terhadap situasi itu sedangkan penduduk dunia lain berusaha mendapatkan bekalan vaksin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat