LRT Bertembung: Pendakwaan Perlu Disegera Jika Babit Kecuaian Manusia – Siew Fook

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sekiranya kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung berhampiran Stesen KLCC malam Isnin melibatkan kecuaian manusia, pendakwaan perlu disegerakan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Perkara itu ditegaskan bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

“Kemalangan yang melibatkan dua tren LRT Laluan Kelana Jaya pada malam tadi (Isnin) merupakan satu kemalangan tren yang sangat serius dan yang paling teruk dalam sejarah LRT sejak ia beroperasi pada tahun 1998 di negara kita.

“Memandangkan kejadian ini menyebabkan kecederaan orang awam, saya menyeru pihak polis membuat siasatan secara mendalam,” kata Ahli Parlimen Seremban itu dalam kenyataan malam Isnin.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu sidang media selepas melawat lokasi kemalangan itu di ibu negara, mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas untuk menyiasat punca kejadian berkenaan.

Katanya, pasukan berkenaan akan menyiasat kejadian itu secepat mungkin dan hasilnya dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, seramai 47 penumpang parah manakala 166 cedera ringan apabila dua tren bertembung dalam kemalangan berhampiran Stesen KLCC.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat