Tak sebut nama pun kena serang – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tan Sri Annuar Musa tidak menyangka kenyataan umum yang disebutnya telah mencetuskan polemik politik sehingga berlaku serangan peribadi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia menegaskan beliau hanya meluahkan pendapat secara umum malah tidak mengaitkan mana-mana individu.

“Seingat saya, hantaran Facebook saya tidak pun merujuk mana-mana individu. Saya memilih untuk meluahkan pendapat secara umum.

“Namun banyak juga laporan dan portal yanh mengaitkan secara langsung dengan individu individu tertentu.

“Ada juga individu yang mengandaikan merekalah yanh saya maksudkan.Kenyataan umum terus dijadikan polemik untuk serangan bersifat peribadi,”kata Annuar pada Isnin.

Ahli Parlimen Ketereh itu bagaimanapun berkata tohmahan terhadapnya datang daripada kelompok yang berpuak dalam parti.

“Semua ini boleh saya fahami.Lebih-lebih lagi bila ia jelas datang daripada
kelompok yang berpuak yang sememangnya ketara dalam politik hari ini.

“Apa lagi bagi yang memilih berkhidmat kepada individu sebagai profession mereka.Itu pun kita boleh memahaminya,” ulas beliau.

Pun begitu, menurut Annuar beliau akan memastikan dirinya tidak terpalit dengan pertikaian personaliti.

“Insyaallah, sesuai dengan Ramadan dan situasi semasa,saya tidak akan terseret ke arah pertikaian personaliti.

“Sekurang-kurangnya bukan masa ini.Masa kita merapatkan silaturrahim,bermaaf-maafan dan melebihkan amal ibadat.

“Selain itu,keutamaan perlu diberi kepada usaha meningkatkan solidariti parti,melaksanakan ketetapan parti dan mensiapsiagakan parti menghadapi ancaman parti parti yang bersaing.

“Insyaallah, UMNO akan terus kukuh dengan adanya pemikiran dan tindakan yang jujur dan ikhlas kerana sebuah perjuangan,” ujar beliau.

Dalam hantaran sebelum itu, Annuar menyatakan rasanya setakat ini beliau tidak
menyebut nama sesiapa pun.

“Lagi pun bukan cara saya menuding pada personaliti.

“Tiba tiba ada yang menggelupur.Entah kenapa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat