Jangan derhaka, tanpa parti tak dapat jadi menteri – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kepada tentang penderhakaan terhadap parti dengan menyebelahi pihak lawan.

Tegas beliau, sekali bersetia, janganlah menderhaka kepada parti kerana tanpa parti tiadalah jawatan Menteri atau lantikan politik.

“Apakah kandungan ‘PASleak’ dianggap bukan luar biasa? Tepuk dada tanya selera.

“Sekali dua kenyataan bertentangan dengan dasar parti dapatlah dianggap kebetulan, namun sudah beberapa kali itu namanya bukan kebetulan lagi.

“Sekali kita bersetia, janganlah berderhaka kepada parti. Tanpa parti tiadalah jawatan Menteri atau lantikan politik,” bidas Zahid.

Meskipun Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak menamakan individu yang dikritiknya itu namun umum maklum beliau merujuk kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Kata Zahid, sudah pasti ahli parti setia akan sentiasa berwaspada setiap kenyataan, setiap langkah, pendirian dan tindak tanduk pemimpin mereka dan pemimpin lawan mereka, jangan mudah terpedaya.

“Ahli parti yang setia akan memastikan keutamaan parti sendiri adalah nombor satu manakala kepedulian parti luar lebih-lebih lagi yang telah mengkhianati muafakat parti tidak wajar diberikan tempat dalam keutamaan parti.

“Ketika musuh luar parti bermuslihat dan dengan licik cuba memperdaya parti lawan menggunakan pelbagai taktik dan strategi, kita sebagai orang parti dari ahli biasa ke peringkat bahagian parti perlu lebih bijaksana dalam membaca gerak geri lawan.

“Jangan pula tindak tanduk kita umpama musuh parti luar yang sama menari ikut rentak mereka,” tegur Zahid dalam catatan di Facebooknya pada Ahad.

Beliau turut berharap, semoga ahli parti terus merapatkan barisan, mengukuhkan kesiapsagaan dan menolak musuh parti.

Terdahulu Annuar menyifatkan dokumen ‘PASleak’ yang didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak perlu diperbesarkan.

Malah Ahli Parlimen Ketereh itu berkata berdasarkan pemahamannya setelah meneliti dokumen itu, ia hanyalah catatan pemimpin PAS dalam mencari fakta mengenai pandangan beberapa pemimpin parti lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat