ST Rosyam Mart dan TV9 Tawar Ayam Segar RM1.49 Seekor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menjelang Syawal, stesen TV9 dengan kerjasama ST Rosyam Mart dengan menawarkan ayam segar berharga RM1.49 seekor sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia.

Tawaran istimewa ini berlangsung selama dua hari pada 26 dan 27 April, antara jam 9 hingga 11 malam di dua cawangan ST Rosyam Mart iaitu Setiawangsa dan Shah Alam.

Selain pembelian ayam segar dengan harga istimewa, pengunjung berpeluang menemui pemilik ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Noor dan barisan pelakon drama 30 Hari Sebelum Raya serta membawa pulang cenderahati istimewa dari TV9.

“Sudah dua tahun kita tidak berpeluang meraikan Aidilfitri disebabkan pandemik COVID-19.

“Kini, negara sudah memasuki fasa peralihan ke endemik, jadi sudah tentu ramai teruja menyambut perayaan bersama insan tersayang. Oleh itu, TV9 dengan seikhlas hati, ingin meraikan Syawal ini menerusi aktiviti #JanjiRaya bersama komuniti.

“Tidak kira walaupun masih dalam situasi sukar, apa yang pasti kita #JanjiRaya bersama dan teguh dalam apa juga keadaan yang menghimpit,” kata Ketua Pegawai Operasi TV9, Sherina Nordin.

Tambah Sherina, dia berharap semangat kental ini terus berada dalam komuniti.

“#JanjiRaya bersama-sama dan kita sambut penuh kesyukuran.

“Jadi, saya ingin berpesan kepada pengunjung ST Rosyam Mart agar sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) semasa membuat pembelian ayam segar,” katanya.

Bagaimanapun, pembelian ayam ini tertakluk kepada pindaan dan syarat.

Ia termasuklah terhad kepada 1,000 ekor ayam segar sehari. Hanya seekor ayam untuk satu keluarga menerusi kupon tebusan diedarkan dan digunakan di lokasi tertera.

Kupon tebusan wajib diserahkan ketika pembayaran dan harga promosi hanya sah bersama kupon tebusan.

Turut serta, Aprena Manrose, Shakila Khoriri, Liza Abdullah dan Mark Adam. – BH

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat