Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (25 April 2020)

- Advertisement -

1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 830 Sekatan Jalan Raya & pemeriksaan ke atas 537,320 kenderaan

2. Sebanyak 40,892 pemeriksaan mengejut telah diadakan dan 5,817 premis telah diperiksa

3. 386 individu telah ditahan kerana ingkar PKP, 332 individu direman dan 54 dijamin polis

4. 649 individu dituduh di mahkamah semalam

5. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 24 April 2020 adalah sebanyak 19,434 individu

6. 11 daripada 13 penjara sementara yang diwartakan sebagai pusat tahanan bagi mereka yang ingkar PKP telah mula beroperasi.

7. Setakat ini, 58 individu telah ditempatkan di penjara sementara tersebut kerana ingkar PKP

8. Pemantauan bagi mengawal sempadan termasuk ‘lorong tikus’ terus diperhebat dan diperketatkan dalam memastikan sempadan dan kedaulatan negara tidak dicerobohi

9. Sejak PKP dilaksanakan, seramai 84 individu telah ditangkap kerana mencerobohi negara ini melalui ‘lorong tikus’

10. Pengurusan Pusat Kuarantin

– Setakat 24 April 2020, sebanyak 209 Pusat Kuarantin telah beroperasi dan 16,633 individu sedang menjalani kuarantin wajib.

– 1,794 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air semalam & dikuarantin wajib

– Seramai 19,945 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020

– Sehingga kini, 131 individu yang menjalani kuarantin wajib telah disahkan positif COVID-19

– Tindakan mewajibkan individu yang pulang dari luar negara menjalani kuarantin berjaya membendung penularan COVID-19 & mengekang wujudnya kluster import

11. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

– Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 4,064 operasi sanitasi di 126 zon termasuk di 13 Zon Merah

– Semalam, sebanyak 128 operasi sanitasi meliputi 38 Zon Merah dan Kuning di 11 negeri, termasuk 31 operasi di Johor dan 31 di Perak

– 6 bangunan Kerajaan, 135 tempat awam, 107 pusat perniagaan dan 103 kawasan perumahan termasuk PPR telah disanitasi

12. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

– Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPD ke-7 di Kawasan Selayang Baru Gombak, Selangor

– PKPD ke-7 ini dilaksanakan untuk membendung jangkitan COVID-19, setelah mengambil kira kebarangkalian jalinan jangkitan COVID-19 di Pasar Harian Kuala Lumpur dan Pasar Borong Kuala Lumpur

– Bagi memastikan pematuhan perintah ini, PDRM, ATM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan RELA akan mengawal seluruh kawasan

– Bantuan keperluan makanan asas telah mula diagihkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di kawasan PKPD ini dengan dibantu petugas agensi-agensi berkaitan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat