Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ambil Kira Keselamatan Semua Pihak – Takiyuddin

“Politik Dah Jadi Caca Marba, Bubar Sajalah Parlimen Biar Rakyat Tentukan”

CYBERJAYA - Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan perlu ditangani...

Ahli Parlimen PAS Teguh Di Belakang Muhyiddin, Tiada Yang Sokong Anwar – Abdul Hadi

KOTA KINABALU – 18 Ahli Parlimen PAS menegaskan sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang sah menurut Perlembagaan Persekutuan, kata...

PAS Cabar Anwar Buktikan Dakwaan, Senaraikan Nama MP Beri Sokongan

PUTRAJAYA - Pas mencabar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menamakan Ahli Parlimen yang dikatakan sudah menyokongnya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan seperti dinyatakan...

Pemimpin Warisan Diam Diri Enggan Ulas Dakwaan Anwar Miliki Majoriti

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Sabah yang bersekutu dengan Pakatan Harapan (PH) terus berdiam diri atas dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim mempunyai majoriti untuk...

Ulangan Publisiti Murahan, Bukti Anwar Rakus Gila Kuasa – PN

KOTA KINABALU - Gabungan parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyangkal dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya beliau mempunyai sokongan...

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil kira keselamatan semua pihak yang terlibat dalam urusan persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, kerajaan membuat keputusan akan persidangan itu berdasarkan perkembangan semasa, khususnya dalam mengawal dan menamatkan ancaman wabak Covid-19 serta langkah segera dan penting bagi membantu rakyat menangani kesan-kesan jangka pendeknya.

“Pada saat kita telah hampir berjaya dalam usaha menangani Covid-19 dengan cara dan pendekatan kita sendiri, kerajaan tidak bersedia untuk mengambil risiko sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia bagi mengulas kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan baru-baru ini yang antara lain meminta persidangan Dewan Rakyat itu perlu diadakan lebih daripada sehari kerana negara lain telah membuktikan ia boleh dilakukan ketika pandemik Covid-19.

Takiyuddin berkata, kerajaan mengambil maklum tentang pandangan dan cadangan yang disuarakan, namun percaya ia bersifat pramatang, sempit dan gagal memahami susunan keutamaan yang dihadapi oleh kerajaan dan negara.

Takiyuddin berkata, keputusan kerajaan juga adalah berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada dengan mengambil kira keperluan, pandangan serta sentimen semua pihak sama ada yang dijana secara rasmi dan langsung, mahupun secara tidak rasmi dan tidak langsung.

Menurut beliau, kerajaan akan terus mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga pakar berkaitan khususnya bagi menjamin manfaat dan keselamatan semua pihak.

Dilaporkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof telah memaklumkan wakil-wakil rakyat yang Istiadat Pembukaan Parlimen telah dijadualkan pada 18 Mei ini.

Pada awalnya, sidang Dewan Rakyat dijadualkan dari 9 Mac ini sehingga 16 April dengan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan