MIC kekal status quo susulan perubahan kepimpinan PN – Saravanan

KUALA LUMPUR,  – MIC memutuskan untuk mengekalkan status quo berada Barisan Nasional (BN) buat masa ini, sementara parti itu menilai penerimaan masyarakat India terhadap kepimpinan baharu Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata keputusan untuk melihat PN sebagai satu pilihan sebelum ini dibuat ketika kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN, susulan hubungan kerja lama pemimpin MIC dengan beliau dalam pelbagai kapasiti termasuk ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan serta Perdana Menteri.

Menurut beliau, keadaan kini berbeza selepas perubahan kepimpinan PN, sekali gus memerlukan parti itu mendapatkan pandangan akar umbi masyarakat India sebelum membuat sebarang keputusan politik yang besar.

“Kami tidak boleh tergesa-gesa untuk bergerak ke mana-mana. Sebagai parti yang mewakili masyarakat India, kami perlu melihat sama ada masyarakat India boleh menerima kepimpinan PAS dalam PN,” katanya dalam satu temubual.

Saravanan menegaskan MIC tidak mempunyai sebarang masalah terhadap kepimpinan PAS, namun isu-isu semasa termasuk berkaitan kuil dan sensitiviti masyarakat India perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Beliau berkata parti itu akan terus berunding dengan semua pihak sekiranya pilihan politik dibuka, namun setakat ini kedudukan MIC kekal seperti sedia ada.

Mengulas dokumen yang dilaporkan pada Januari lalu mengenai beberapa pra-syarat untuk menyertai PN, Saravanan menjelaskan ia bukanlah syarat, sebaliknya sekadar pertanyaan susulan tawaran yang pernah dibuat oleh kepimpinan PAS kepada MIC.

“Kami hanya mahu penjelasan sama ada MIC akan diterima sebagai ahli baharu atau ahli tetap. Perkara itu tidak dijawab secara jelas, jadi ia kekal seperti sekarang dan masih dalam penelitian,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa MIC telah memohon untuk menyertai PN, sebaliknya menyifatkan perkembangan tersebut sebagai salah faham komunikasi.

“Perkara itu sudah diperjelaskan. Ia hanya satu pertanyaan, bukan permohonan untuk menyertai,” katanya.

Saravanan menambah MIC juga akan terus menilai sentimen masyarakat India dalam menentukan hala tuju kerjasama politik parti itu pada masa akan datang. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat