Malaysia pelbagaikan sumber, teroka laluan alternatif kurangkan kebergantungan Selat Hormuz

KUALA LUMPUR – Kerajaan menggembleng usaha menjamin keterjaminan bekalan tenaga, kata Perdana Menteri.

Hal ini katanya, termasuk mempelbagaikan sumber dan meneroka laluan alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada laluan berisiko seperti Selat Hormuz.

“Situasi ini akan terus dipantau rapi, dengan maklumat disalurkan secara telus kepada rakyat.

“Dalam mendepani cabaran ini, ketenangan, disiplin dan semangat kebersamaan amat penting untuk memastikan negara kekal stabil dan berdaya tahan,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 3/2026 bagi meneliti perkembangan geopolitik semasa, tekanan ekonomi global serta implikasi keselamatan susulan konflik di Asia Barat.

“Walaupun masih dalam suasana perayaan Aidilfitri, kesejahteraan rakyat khususnya kos sara hidup kekal menjadi keutamaan Kerajaan Madani.

“Beberapa langkah intervensi awal yang proaktif dan tuntas akan dilaksanakan segera bagi memastikan ketahanan ekonomi negara terus terpelihara,” jelas Anwar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat