MP Tanjong Karang, Gua Musang sangkal pujuk Wan Saiful minta sokong Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi dan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim menafikan dakwaan kononnya mereka broker untuk memujuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan supaya menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zulkafperi dan Mohd Azizi pada sidang media bersama, sebaliknya mendakwa Wan Saiful adalah individu yang cuba mendekati mereka, bertujuan mengemukakan tawaran sebagai habuan sekiranya menyokong Perdana Menteri.

Pada 28 Februari lalu Wan Saiful mendakwa diugut supaya menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Anwar dan berkata beliau dihubungi melalui telefon oleh ramai individu untuk tujuan itu.

Beliau dilaporkan berkata pertemuan pertama adalah pada 17 Januari di Hotel Westin di Bukit Bintang, dan seterusnya di Hotel JW Marriot.

Pada 21 Mac, Wan Saiful mendakwa beliau diperdaya oleh Zulkafperi dan Azizi untuk mempengaruhi tingkah lakunya termasuk ucapan yang akan disampaikan di Parlimen, lapor BH pada Isnin.

Berikutan itu, Wan Saiful meminta Dewan Rakyat menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berdasarkan peraturan 80 (A) yang di baca bersama seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) bagi mengenal pasti, membicara, memutuskan menghukum beberapa individu yang membuat penawaran bagi mempengaruhi kelakuan saya dalam dewan ini.

Wan Saiful mendakwa Mohd Azizi dan Zulkafperi bersama tiga lagi individu dikenali sebagai Hasnan, Datuk Azman dan Datuk Rahim membuat kacau ganggu dalam usaha mempengaruhi kelakuan dan sokongannya kepada kerajaan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor memberitahu Wan Saiful untuk mengemukakan usul kepada pejabat Speaker untuk tindakan lanjut kerana ia melibatkan tuduhan serius terhadap ahli Parlimen lain.

Menjawab itu, Wan Saiful berkata beliau akan mengemukakan cadangan tersebut dan berharap agar perkara ini menjaga maruah dewan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat