‘Isu stoking tak jadi macam ni kalau Firdaus Wong terus lapor polis’ – Yoke Kong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Isu jualan stoking bertulis kalimah Allah boleh diselesaikan dengan baik jika penceramah Firdaus Wong terus membuat laporan polis, kata Chiong Yoke Kong.

Bagaimanapun, kata setiausaha politik menteri perumahan dan kerajaan tempatan Nga Kor Ming, Firdaus sebaliknya menularkannya di media sosial.

“Tetapi apanya beliau buat, beliau tularkan isu ini di sosial media, api-apikan keadaan, mencetuskan kemarahan rakan-rakan Muslim.

“Kalau ini bukan hasut apa lagi?” soal bekas ADUN DAP bagi kawasan Tanah Rata, Pahang itu, lapor Malaysiakini.

Firdaus sebelum ini berkata dia bukan orang pertama menjumpai stoking itu atau mengajak orang ramai memboikot KK Mart.

Bagaiamanapun terdapat perselisihan antara mereka berdua apabila Yoke Kong menulis komen di sebuah video ceramah Firdaus dengan menyifatkannya sebagai “kaki hasut” dan “sampah masyarakat”.

Firdaus pula membalasnya dengan berkata ia cerminan akhlak Yoke Kong.

Pendakwah mualaf itu juga mengundang Yoke Kong ke siri bual bicaranya untuk berbahas tajuk “Siapa sampah masyarakat”.

Yoke Kong bagaimanapun tidak berminat.

“Oleh itu katanya nak bicara nak bahas tidak payahlah.

“Siapa yang makan cili siapa yang rasa pedas,” katanya.

Memetik pepatah Cina bahawa seseorang itu akan dinilai dengan adil oleh masyarakat, Yoke Kong mengingatkan bahawa semua pihak bertanggungjawab mengekalkan kedamaian rakyat.

“…jangan sesekali menimbulkan pelbagai persepsi dan provokasi di media sosial sehingga mengakibatkan keadaan sosial, ekonomi dan politik tidak stabil,” katanya.

KK Mart telah memohon maaf dan menarik balik jualan stoking yang diimport dari China itu.

Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kes itu dan mencadangkan KK Mart dan syarikat pembekal, Xin Jiang Chang Sdn Bhd dihadapkan dengan pertuduhan jenayah di mahkamah.

Keputusan akan dibuat oleh Pejabat Peguam Negara (AGC).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat