Agrobank rai 300 asnaf di Sabah

- Advertisement -

KENINGAU – Agrobank menyantuni lebih 300 golongan asnaf dalam Majlis Iftar Ramadan Agrobank 2024 bertempat di Masjid Ar-Raudah Sook, Sabah.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup merakamkan ucapat terima kasih atas usaha Agrobank membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan di bulan Ramadan.

“Sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam mencapai keterangkuman sosial, inisiatif seperti ini amat digalakkan dan beliau berterima kasih kepada pihak Agrobank di atas penganjuran majlis seperti ini di Sabah dengan meraikan setiap lapisan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata pihaknya mengambil peluang berkongsi rezeki di samping membawa keceriaan kepada mereka yang memerlukan sempena kehadiran Syawal tidak lama lagi.

“Kami percaya program seumpama ini dapat mengeratkan perasaan kasih sayang dan memupuk tali persaudaraan sesama muslim sejajar prinsip tanggungjawab sosial korporat kami.

“Golongan asnaf ini tidak wajar ketinggalan dalam meraikan keistimewaan bulan mulia Ramadan mahupun kemeriahan Aildilfitri seperti orang lain,” katanya.

Terdahulu di majlis yang sama, Agrobank menganjurkan Program Celik Wang dan Ceramah agama bertajuk Ramadan Berkat, Taqwa Meningkat yang telah dihadiri oleh lebih 50 pelajar daripada Sekolah Menengah Sook, Sabah.

Selain majlis berbuka puasa, Agrobank turut menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM60,000.00 dalam bentuk duit raya dan bakul makanan yang memberi manfaat kepada 300 asnaf dari Daerah Kecil Sook.

Turut hadir di majlis ini, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Zakat Fitrah JAIS, Ustaz Ag Juri Ag Tahir, Ketua Pejabat Bahagian Zakat & Fitriah, Cawangan Keningau, Mohd Al Danish Mohd Hatta dan hampir 600 orang penduduk setempat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat