Shah, Jim hidupkan semula X-Factor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua dekad menyepi dan membawa haluan masing-masing, kumpulan X-Factor yang pernah mencetuskan fenomena dalam dunia muzik tempatan pada akhir 1990-an, kembali menghangatkan pentas seni.

Kumpulan yang direkrut KRU Records pada 1999 melonjak popularitinya dengan rangkaian lagu hit seperti Sehangat Api, Tak Sanggup dan 7231564.

Salah seorang anggota asal X-Factor, Shah atau nama penuh, Irwan Shah Azhar, 44, mengesahkan kumpulan itu mahu melakukan ‘come back’.

Namun, hasrat menyatukan semua anggota asal seperti Fendi, Danny, Zach dan Ivan dalam projek istimewa dikenali sebagai X-Factor Legacy tidak kesampaian.

Sebaliknya, Shah meneruskan hasrat itu bersama Jim yang pernah menggantikan Ivan yang tidak bersama kumpulan berkenaan, suatu ketika dahulu.

“Pada mulanya, kita mahu satukan anggota asal X-Factor. Biasalah, kita merancang, Tuhan menentukan.

“Disebabkan komitmen dan kerja anggota lain termasuk yang baru memulakan perniagaan, akhirnya tinggal saya dan Jim.

 

Shah (kiri) dan Jim bersama anggota wanita baharu yang masih dirahsiakan identitinya dalam projek X-Factor Legacy. Foto Ihsan Shah X-Factor
Shah (kiri) dan Jim bersama anggota wanita baharu yang masih dirahsiakan identitinya dalam projek X-Factor Legacy. Foto Ihsan Shah X-Factor

 

“Proses rakaman single ‘comeback’ berjudul It’s Alright beberapa kali tertunda kerana pandemik COVID-19. Kalau tiada aral melintang, lagu dan video muzik akan dipromosikan selepas Syawal kelak.” katanya kepada BH Online.

Shah berkata, single Bahasa Inggeris itu dicipta Jim atau nama sebenarnya, Faizal Ezuan Eshak.

“Bagaimanapun, kami rasa canggung menyanyi berdua. Lantas, saya dan Jim terfikir kenapa tidak mencipta kelainan dengan mengundang penyanyi wanita.

“Lalu, tercetuslah idea mengajak seorang vokalis wanita yang masih dirahsiakan identiti untuk sama-sama memeriahkan ‘come back’ ini.

“Kami percaya, setiap daripada kita, tidak kira jantina ada aura dan faktor x tersendiri,” katanya.

Shah yang bekerja sebagai jurulatih kecergasan menambah, kehadiran penyanyi wanita terbabit dalam projek istimewa X-Factor memberi makna tersendiri.

“Selepas single It’s Alright, kami akan lancarkan empat single lain. Setiap single kami rakam dengan penyanyi wanita berbeza.

“Genap lima lagu dan lima penyanyi wanita, timbullah idea memperkenalkan nama X-Factorgirl. Selepas itu, saya dan Jim akan mengundur diri dan meneruskan kerjaya masing-masing,” katanya.

Shah berkata, apa yang dilakukan ibarat menyerahkan baton kepada lima vokalis wanita terbabit untuk meneruskan legasi X-Factor.

Selain single, projek ini juga bakal menyaksikan pelancaran produk edisi khas jenama X-Factor termasuk haruman.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat