Polis Tahan Suspek Pengganas Berhasrat Bunuh Dr Mahathir, Tommy Thomas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menggagalkan hasrat seorang lelaki dalam cubaan untuk membunuh bekas Perdana Menteri termasuk beberapa lagi menteri lain dan kerajaan Pakatan Harapan.

Penolong Pengarah Cawangan Khas Antipengganas (E8), Azman Omar berkata, individu berkenaan telah ditahan pada bulan Januari lalu yang turut mengakui membuat perancangan tersebut.

Pengakuan untuk merancang serangan tersebut melibatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa menteri kabinet sewaktu pentadbiran kerajaan PH termasuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Menurutnya lagi, suspek yang bergerak solo itu dipercayai terlibat dengan kegiatan pengganas dan merancang serangan tersebut sebagai usaha menunjukkan sokongan terhadap kumpulan militan Daish.

“Pada 6 hingga 7 Jan 2020, kami menangkap seorang lelaki tempatan bersama lima yang lain ekoran pembabitan mereka menghasilkan video propaganda IS (Daish) dan ancaman bunuh ke atas pemimpin negara.

“Semasa siasatan, (lelaki terbabit) mengaku dia berniat untuk melancarkan serangan secara bersendirian ke atas beberapa pemimpin kerajaan dengan menikam mereka menggunakan pisau atau objek tajam sebagai tanda menyokong IS (Daish),” katanya menerusi program ‘Radikalisme dan Ekstremisme Semasa Pandemik’ anjuran Institut Kajian Lanjutan Islam Malaysia di sini pada Khamis.

Untuk rekod, pihak E8 telah menahan seramai tujuh individu dan suspek (pengganas) yang ditahan merupakan salah seorang daripada tangkapan berkenaan.

Dalam pada itu, Azman turut mendedahkan telah membuat satu tangkapan melibatkan seorang rakyat Malaysia di Singapura pada Ogos lalu.

Tangkapan tersebut dibuat berikutan penglibatan suspek dalam membiayai kegiatan militan serta merancang untuk ke Syria bagi menyertai kumpulan militan Daish. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat