Kenduri Kahwin Cetus Kluster Baru Jangkitan Covid-19 Di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU – Kelantan mencatatkan satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Paloh Rambai di Ketereh di sini yang berpunca daripada majlis perkahwinan yang berlangsung dua minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin berkata, seramai 20 individu telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster itu yang melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok.

Katanya, kes indeks bagi kluster itu merupakan seorang wanita berusia 57 tahun yang kini sedang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa di sini.

“Wanita itu dikesan melalui saringan individu bergejala pada 18 Mac sebelum disahkan positif Covid-19 pada keesokan harinya.

“Kes dalam kluster ini terdiri daripada guru, kakitangan dan murid di beberapa buah sekolah. Selain itu, ahli keluarga rapat mereka juga dikesan dalam kluster ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dr. Izani, punca penyebaran kluster itu dipercayai dari majlis perkahwinan anak wanita berkenaan yang diadakan pada 13 Mac lalu.

Ujarnya, usaha untuk mengenal pasti kontak rapat masih giat dijalankan oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu dan PKD Bachok.

“Semua rakyat Kelantan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) majlis sosial. Tangguhkan dahulu majlis kenduri sekiranya tidak dapat mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan Seorang guru dipercayai menjadi punca kepada penularan wabak Covid-19 sehingga sebuah sekolah di Ketereh di sini ditutup.

Sekolah itu ditutup selepas 11 orang guru dan seorang murid disahkan positif Covid-19 manakala 24 orang guru lagi kini sedang menjalani tempoh kuarantin.

Kes itu berkemungkinan berpunca daripada seorang guru yang menghadiri majlis perkahwinan sebelum menjangkiti guru dan murid. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat