Kerajaan jamin beras tempatan bersubsidi tidak akan ghaib lagi, guna sistem jejak AI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan, bekalan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi yang akan dijual mulai 1 Mac ini tidak akan ‘ghaib’ dari pasaran.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Datuk Badrul Hisham Mohd berkata, pihaknya mempunyai mekanisme memastikan setiap kampit beras dijual, sampai kepada pengguna yang disasarkan.

“Dari segi kawalan, kita menggunakan dua lapisan iaitu pertama secara organik iaitu pemantauan serta penguatkuasaan dan kita ada Agensi Regulatori dan Penguatkuasaan Agro Makanan Malaysia (MAREA) yang baru ditubuhkan dan diluluskan oleh Kabinet pada 7 Februari lalu.

“Kedua menggunakan sistem pengesanan beras secara digital yang mana sistem ini akan mengesan, menjejak setiap kampit beras yang dijual, ke mana beras itu pergi, ke destinasi A atau destinasi B,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung mekanisme pelaksanaan subsidi PBT di Putrajaya pada Selasa.

Ditanya lanjut mengenai penggunaan sistem mengesan beras yang dijual kepada pengguna, Badrul Hisham berkata, beliau tidak boleh memperincikan perkara itu, namun pihaknya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Apa yang saya boleh cakap, sistem ini boleh menjejak dan mengesan setiap manipulasi yang cuba dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan ini kita menggunakan kemajuan teknologi AI.

“Kita ada ‘war room’ beroperasi 24 jam dan dengan sistem AI membantu buat ‘tracing and tracking’ (penjejakan dan pengesanan), maka (kita yakin) subsidi ini akan menitik terus kepada kumpulan sasar,” lapor BH.

Polemik berhubung BPT berlarutan sejak dua tahun lalu apabila bekalannya tidak terdapat di pasaran.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mengarahkan stok bekalan barang keperluan itu diedarkan ke seluruh negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat