KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan gempa bumi kuat telah berlaku di Utara Sumatra, Indonesia pada jam 9:39 pagi, 25 Februari 2022.
Katanya, meskipun gegaran di negeri jiran itu turut dirasai di beberapa negeri di Malaysia lebih kurang 42 saat namun tiada ancaman tsunami.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
“Gegaran dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” kata jabatan itu dalam kenyataan pada Jumaat.
MET Malaysia melaporkan gegaran di utara Sumatra itu berlaku di Koordinat : 0.2° Utara dan 100.0° Timur; Magnitud : 6.1 dalam jarak 76km Barat Laut dari Payakumbuh,Indonesiapada kedalaman 10 km.