1,924 Jangkitan Baru Covid, 12 Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,924 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari Khamis, menjadikan jumlah kumulatif positif adalah sebanyak 293,698 kes.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,918 adalah kes tempatan manakala enam kes merupakan kes import.

Selangor merupakan negeri yang mencacatkan jumlah kes positif bahari paling tinggi dengan 666 kes diikuti Johor (257), Sarawak (219) dan Kuala Lumpur (218).

Sebanyak 12 kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 1,100 kes.

Kes sembuh pula direkodkan sebanyak 3,752 kes menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 263,761 kes.

Jumlah kes aktif adalah sebanyak 28,837 kes dengan 205 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 92 diberikan bantuan alat pernafasan. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat