Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini – Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diadakan petang atau malam ini yang dilaporkan bagi membincangkan status keahlian Khairy Jamaluddin.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mengesahkan perkara itu berkata, tiada apa-apa mesyuarat parti diadakan hari ini.

“Tiada apa-apa mesyuarat hari ini,” katanya melalui pesanan WhatsApp, di sini hari ini.

Terdahulu, portal berita melaporkan status keahlian Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan itu akan ditentukan petang ini melalui mesyuarat parti.

Namun difahamkan mesyuarat MKT UMNO akan hanya diadakan pada Jumaat ini.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu sebelum ini secara terbuka ‘mengkritik’ beberapa pemimpin UMNO, selain lantang bersuara supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan bagi memastikan amalan demokrasi dalam parti tidak terkubur.

Khairy yang tewas bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Sungai Buloh, November lalu, secara terbuka turut mahu ‘membersihkan’ UMNO jika menang di kerusi itu sebelum ini.

Malah Khairy juga menarik perhatian apabila mendakwa terdapat ‘perwakilan import’ ketika proses pengundian usul tambahan tiada pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden pada Persidangan Agung UMNO 2022 baru-baru ini yang mana ia dinafikan oleh pimpinan parti berkenaan. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat