Sesetengah Anak Syarikat PKNPk Hanya Ada Lembaga Pengarah, Tiada Pekerja – MB Perak

- Advertisement -

IPOH – Sebahagian daripada 27 anak syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) yang ditutup hanya menjejaskan ahli lembaga pengarahnya tanpa membabitkan pekerja yang terjejas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia kerana syarikat berkenaan hanya mempunyai lembaga pengarah tetapi belum mempunyai pekerja memandangkan ia belum menjalankan perniagaan.

“Saya katakan sebahagian daripada syarikat atau anak cucu syarikat sudah ditubuhkan namun yang ada hanyalah lembaga pengarahnya kerana baharu ditubuhkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina Dewan Perhimpunan Cina Perak di sebuah hotel, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Saarani berkata, terdapat juga anak syarikat badan berkanun itu yang ditutup kerana perniagaannya rugi dengan sebahagian daripada pekerjanya dipindahkan ke anak syarikat yang lain.

Beliau berkata, semua anak syarikat itu tidak membabitkan penutupan syarikat yang disifatkan ‘major’ atau besar.

Semalam, Saarani berkata sebanyak 27 anak syarikat PKNPk sudah ditutup dalam usaha menghentikan kerugian yang ditanggung oleh pengurusan badan berkanun terbabit terhadap anak syarikat yang tidak menunjukkan prestasi memuaskan. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat