Michelle Yeoh calon Aktres Terbaik Oscar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Selepas meraih trofi Anugerah Golden Globe, pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh terus melakar sejarah apabila tercalon dalam kategori Aktres Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95.

Lebih membanggakan, Michelle, 61, menjadi pelakon wanita Asia pertama yang mendapat pengiktirafan penganjur, The Academy of Motion Pictures Arts and Sciences untuk dicalonkan dalam kategori utama Oscar itu.

Lakonan Yeoh sebagai Evelyn Quan dalam filem Everything Everywhere All at Once menarik perhatian juri Oscar. Foto IG Michelle Yeoh
Lakonan Yeoh sebagai Evelyn Quan dalam filem Everything Everywhere All at Once menarik perhatian juri Oscar. Foto IG Michelle Yeoh

 

Yeoh menerima pengiktirafan itu melalui watak Evelyn Quan dalam filem Everything Everywhere All at Once.

Pengumuman bersejarah itu dibuat di The Samuel Goldwyn Theater, Beverly Hills, California, Amerika Syarikat (AS) secara dalam talian, malam tadi.

Turut bersaing dengan Yeoh yang sebelum ini memegang watak Aung San Suu Kyi dalam filem biopik, The Lady adalah Cate Blanchett bagi filem Tar; Andrea Riseborough (To Leslie); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana De Armas (Blonde).

Michelle dan Blanchett menjadi antara yang disebut-sebut bakal mengungguli trofi Aktres Terbaik pada edisi Oscar kali ini.

Filem Everything Everywhere All at Once arahan Dan Kwan dan Daniel Scheinert turut menerima beberapa pencalonan pada Anugerah Akademi Ke-95 termasuk Filem Terbaik.

Baru-baru ini, Yeoh yang berasal dari Ipoh dan memulakan karier filem di Hong Kong, meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe atas lakonan dalam filem sama.

Anugerah Academy (Oscar) Ke-95 dijadual berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, AS pada 12 Mac depan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat