Bapa Pelakon Zalif Sidek Meninggal Dunia

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bapa kepada pelakon komedi Zalif Sidek iaitu Wan Abu Bakar Sidek, 60, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.10 malam, Isnin, lapor SinarPlus.

Menurut pelakon itu, bapanya yang menghidap kanser paru-paru dan masalah jantung sejak setahun lalu dikejarkan ke Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya pada malam Ahad akibat sesak nafas.

“Malam tadi selepas makan malam, ayah nampak macam semput. Walaupun diberikan gas oksigen, dia nampak masih sukar untuk bernafas.

“Jadi terus call ambulans untuk hantar ke IKN. Bagaimanapun keadaan kesihatan beliau semakin merosot sebelum disahkan meninggal dunia jam 7.10 malam tadi,” katanya, dipetik dari laporan itu.

Menurut Zalif, jenazah Allahyarham bapanya akan dikebumikan esok pagi di tanah perkuburan berhampiran rumah mereka di Bandar Seri Putra, Kajang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat