Akibat isu peribadi, Shuk digantung sementara bertugas di Hot FM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ekoran dari tular di media sosial masalah peribadi yang dihadapi oleh pelawak Shuk Sahar, pengurusan Hot FM menggantung sementara tugas di solt Geng Pagi Hot.

Menurut kenyataan pihak pengurusan stesen radio Hot FM, tindakan tersebut diambil terhadap Shuk bagi melakukan siasatan dalaman berhubung isu yang berlaku.

“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.

“Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai,” kata kenyataan media itu, hari ini.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, didakwa sekali lagi curang apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah mendedahkan perkara tersebut dalam laman Instagram, Sabtu lalu.

Dia yang mula dikenali menerusi sebuah program realiti televisyen dikatakan tidak pulang ke rumah dan berada di rumah wanita yang didakwa sebagai kekasihnya.

Tindakan Shuk yang tidak pulang ke rumah dan menjalin hubungan dengan wanita tersebut memaksa isterinya mendedahkan kisah itu kepada umum.

Shuk dan Rossalennah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat