Kerajaan Pahang sedia kaji wujudkan hub permotoran, litar di Temerloh – MB

- Advertisement -

TEMERLOH – Kerajaan Pahang sedia mengkaji cadangan menjadikan Temerloh sebagai hab permotoran termasuk membina litar di daerah itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, beberapa perkara perlu diteliti terlebih dahulu termasuk dari aspek lokasi dan tanah sebelum ia dilaksanakan pada masa akan datang.

“Kalau tak ada masalah dan kita mempunyai tapak untuk buat projek litar dan sebagainya kita akan laksanakan, tetapi kena ada kajian serta perbincangan lanjut selain perlu lalui proses tertentu.

“Buah masa ini, daerah Temerloh sebagai titik tengah Semenanjung dilihat sesuai untuk dijadikan hab permotoran termasuk membina litar untuk aktiviti tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Karnival Permotoran 2 Roda Temerloh 2023 di Dataran Temerloh pada Ahad.

Karnival dua hari itu, yang antara lain bertujuan mengumpulkan peminat dunia permotoran serta memberi kesedaran jalan raya, menurutnya telah mendapat sambutan yang baik apabila merekodkan lebih 15,000 kehadiran pengunjung.

Justeru, Wan Rosdy mencadangkan program julung kali diadakan itu diteruskan pada tahun hadapan dan kerajaan negeri sedia memberi sokongan kepada acara yang melibatkan golongan muda negeri itu.

“Program ini kita akan jadikan acara tahunan di Temerloh dan dalam masa sama saya minta ia turut dilaksanakan di daerah lain kerana mendapat sambutan…program ini dapat mewujudkan silaturahim dalam kalangan mereka (golongan muda),” katanya

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa cakna dan peka terhadap golongan muda, misalnya Belanjawan Pahang 2024 telah memperuntukkan sebanyak RM720,000 iaitu RM200 seorang bagi membantu anak Pahang berusia 18 hingga 21 tahun mengambil lesen memandu.

“Saya juga ingin nasihatkan supaya orang muda ambil lesen dan memandu secara berhemah serta berdisiplin di jalan raya,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat