15,000 ‘rider-rider’ meriahkan Karnival Permotoran 2 Roda Temerloh – MB Pahang

- Advertisement -

TEMERLOH: Seramai 15,000 peserta meriahkan Karnival Permotoran 2 Roda Temerloh yang julung kali diadakan, di sini.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program ini telah berjaya mengumpulkan rider-rider yang bukan sahaja dari Pahang tetapi juga dari seluruh negara, biarpun dalam keadaan hujan.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan sokongan agar Temerloh dijadikan sebagai hab permotoran.

“Saya bersama kira-kira 15,000 peserta Karnival Permotoran 2 Roda Temerloh yang berhimpun di Dataran Temerloh pada petang tadi,

“Saya cukup berbangga apabila karnival yang pertama kalinya diadakan di Temerloh telah berjaya menghimpunkan rider-rider yang bukan sahaja dari Pahang tetapi juga dari seluruh negara, biarpun dalam keadaan hujan,

“Dalam ucapan perasmian penutup, saya telah melahirkan sokongan agar Temerloh dijadikan sebagai hab permotoran memandangkan daerah ini merupakan titik tengah Semenanjung Malaysia selain karnival permotoran ini diadakan juga di daerah-daerah yang lain,” katanya.

Beliau juga bersetuju mempertimbangkan cadangan untuk pembinaan litar khusus untuk aktiviti permotoran, termasuk mewujudkan kompleks sukan permotoran di daerah Temerloh.

“Malah, saya juga turut bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan untuk pembinaan litar khusus untuk aktiviti permotoran, termasuk mewujudkan kompleks sukan permotoran di daerah Temerloh,

“Tahniah kepada semua pihak terutamanya Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Daerah Temerloh atas kejayaan penganjuran karnival yang cukup membanggakan ini,

“Semoga penganjuran program seumpama ini berjaya menarik perhatian golongan muda selain menjadikan Negeri Pahang sebagai negeri contoh kepada pembangunan belia di negara ini,” ujarnya.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat