Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga di Terengganu meningkat

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang ketiga yang bermula hari ini menyaksikan empat daerah di Terengganu terjejas.

Setakat jam 4 petang, seramai 686 penduduk daripada 217 keluarga berada di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

Empat daerah yang terkesan akibat banjir setakat ini adalah Marang, Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 337 orang daripada 92 keluarga berada di enam PPS di daerah Dungun.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan, berbanding hanya 303 penduduk daripada 84 keluarga di empat PPS tengah hari tadi.

Jumlah mangsa di Hulu Terengganu turut meningkat kepada 274 mangsa daripada 106 keluarga di empat PPS.

Di Setiu, 63 penduduk dipindahkan ke dua PPS iaitu Balai Raya Kampung Seladang dan SK Kampung Besut.

Sementara itu, jumlah mangsa di Marang tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila kekal seramai 12 orang daripada tiga keluarga berlindung di Dewan Sivik Wakaf Tapai.

Ketika ini, hujan melanda di beberapa kawasan di Terengganu. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat