Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada masyarakat yang beragama Kristian di Malaysia.

Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

“Semoga perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat yang beragama Kristian di Malaysia,” menurut hantaran itu.

Hari Natal atau Krismas disambut pada 25 Dis setiap tahun oleh penganut Kristian. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat