Demi Maruah Parti, Wajar Adakan Pemilihan UMNO – Exco Pemuda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengesa agar pemilihan UMNO tahun depan wajar dipertandingkan semua peringkat.

Tegasnya, ia termasuklah jawatan Presiden dan juga Timbalan Presiden.

Katanya lagi, sebarang usaha menghalang pemilihan parti akan merencatkan lagi demokrasi parti UMNO.

”Semasa 13 Disember lalu, Notis Khas dikeluarkan oleh Setiausaha Agong UMNO tentang Perhimpunan Agung Khas UMNO yang dijadual berlangsung pada 13 Januari 2023 seakan-akan ingin membiarkan perkara ini berlaku dan ini sebenarnya akan merencatkan lagi demokrasi parti.

”Ini bukan parti keluarga. Ini parti yang mempunyai ahli lebih 3 juta. Jadi amat tidak wajar, perkara ini dibiarkan.

”Hari demi hari, semakin kuat kedengaran ura-ura satu usul khas akan dibahas seterusnya diluluskan dalam Perhimpunan tersebut, iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam Pemilihan UMNO akan datang.” katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.

Ujar beliau lagi, kenyataan beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian (Beruas, Sg Besar & Pasir Salak) yang secara jelas sebut tidak mahu jawatan Presiden dan Timb Presiden dipertandingkan tahun depan, mahupun secara samar-samar cadangkan sebegitu.

Sekiranya benar, UMNO jelas makin hilang arah dan identiti perjuangan. Ia juga bakal menjadi satu lagi episod hitam UMNO selepas kalah teruk PRU ke-15. Kita bukan menang besar semasa PRU 15. Sekiranya menang sekalipun, ianya tetap wajar dipertandingkan.

Menurut Muqharabbin lagi, setiap tiga tahun kita mengadakan pemilihan parti. Kali terakhir tahun 2018, 150,000 perwakilan mengundi memilih pimpinan baharu di peringkat Bahagian dan Pusat.

Jika dulu sebelum PRU-15 kita tidak mengadakan pemilihan atas alasan tidak mahu perpecahan dalam parti dan fokus PRU, sekarang pun tidak boleh? Habis bilanya nak ada pemilihan parti? This is a mockery to our party’s constitution. Ahli akan marah, rakyat pula gelakkan kita dari luar. Kalau betul-betul ingin melakukan perkara demikian, lebih baik semua jawatan termasuk semua Ketua Bahagian, Timbalan, Naib, Pemuda Puteri dan semua peringkat tidak perlu bertanding.

“Presiden kita sekarang, Zahid Hamidi juga Presiden pertama yang membenarkan jawatan Presiden dipertandingkan pada tahun 2018 selepas kali terakhir jawatan ini dicabar dalam pemilihan parti tahun 1987.

“Ia bukti UMNO semakin matang dan demokratik seiring usianya. Tiada pun masalah timbul tahun 2018. Yang menang dihormati, yang tewas kekal bersetia.
Jadi, kenapa kita tiba-tiba ingin ambil langkah kuno ke belakang? Sedangkan, kita kalah teruk PRU-15, yang jelas lebih menuntut perubahan dan pembaharuan.” ujarnya lagi.

Sebelum ini Dato’ Seri Nazri Aziz, Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas menegaskan agar UMNO tidak menyekat jawatan Presiden dan Timbalan Presiden untuk dipertandingkan sebagai tanda menghormati demokrasi parti dan menjaga maruah Presiden dan Timbalan Presiden.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat