Anwar Nafi PH Cadang Tukar Ketua Pembangkang

- Advertisement -

ALOR SETAR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Harapan (PH) belum menerima sebarang cadangan daripada mana-mana ketua parti dalam gabungan itu untuk menukar Ketua Pembangkang yang disandang beliau ketika ini kepada pemimpin lain.

Menurut Anwar, isu pertukaran Ketua Pembangkang yang timbul baru-baru ini hanya disuarakan oleh segelintir golongan yang mahu melihat kepincangan dalam kem PH.

Bahkan, tegas Presiden PKR itu, beliau juga secara peribadi tiada sebarang masalah dengan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dalam masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menjelaskan, desakan yang timbul itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH dalam waktu terdekat.

“Ini (cadangan pertukaran Ketua Pembangkang) termasuk PH belum ada yang mencadangkan, (kalau) ada perubahan walau bagaimanapun saya kata boleh kita bincang dalam mesyuarat,” kata Anwar kepada pemberita selepas menghadiri Perjumpaan Bersama Pimpinan Keadilan Negeri Kedah, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kedah, Datuk Johari Abdul dan Ketua Cabang dari seluruh negeri.

Kemelut pertukaran Ketua Pembangkang timbul selepas Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanah Air, Datuk Marzuki Yahya dan Mohd Shafie menyarankan supaya parti pembangkang membentuk satu gabungan besar.

Menurut mereka, kerjasama itu penting untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan sebaik penularan wabak COVID-19 dalam negara reda.

Nama Shafie pula disebut-sebut sebagai calon yang berkelayakan untuk memimpin gabungan besar baharu pembangkang.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu didakwa memiliki kriteria untuk memimpin gabungan terbabit jika semua parti pembangkang berhasrat mengadakan kerjasama baharu untuk menghadapi (PRU15). – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat