Kerajaan wajar selesaikan masalah struktural ekonomi untuk jayakan Kerangka Ekonomi Madani

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerangka Ekonomi Madani boleh dilaksana dengan jayanya apabila kerajaan memberi tumpuan untuk menyelesaikan kekangan struktur.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia di Malaysia, Dr Apurva Sanghi mengakui beliau sangat bersetuju dengan Kerangka Ekonomi Madani kerana ia bersifat inklusif.

“Kerangka Ekonomi Madani mengatakan bahawa pembangunan bukan hanya untuk meningkatkan pendapatan purata tetapi semua orang perlu mendapat manfaat daripada pertumbuhan dan pembangunan.

“…ia adalah inklusif kerana bukan hanya meningkatkan kadar pertumbuhan tetapi perlu mengambil kira faktor budaya, sosial, sejarah ke dalam pembangunan
dan saya sangat bersetuju dengan itu.

“Ia bukan hanya mengenai kadar pertumbuhan KDNK. Manifestasi yang baik daripada itu jika anda melihat Bajet 2024, semakin meningkat semacam bantuan tunai sosial. Ini juga tentang bagaimana prinsip Madani sebenarnya dilaksanakan di lapangan,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Khamis.

Dr Apurva Sanghi menyatakan beliau menyukai naratif Malaysia Madani seperti mana menggemari naratif Keluarga Malaysia yang dijayakan oleh pentadbiran terdahulu.

“Saya juga suka naratif Keluarga Malaysia daripada pentadbiran terdahulu ia tentang menjadikan keluarga dan isi rumah kukuh.

“Isunya bukan dengan Madani semata-mata tetapi dengan naratif secara amnya ialah pada akhirnya ia tentang bagaimana ia dilaksanakan.

“Dalam kes Malaysia, pembaharuan perlu berada pada tahap ekonomi keseluruhan. Kerana masalah struktur tidak akan hilang dengan naratif ini atau itu.

“Jadi apakah masalah struktur? Perkara seperti terlalu bergantung pada hasil komoditi, secara fiskal, isu kemahiran, kekurangan nutrisi untuk kebanyakan kanak-kanak di Malaysia. Jadi perkara-perkara ini perlu diselesaikan di peringkat seluruh ekonomi,”katanya.

Beliau berkata, kerajaan wajar menjadikan ekonomi lebih berdaya saing dalam bidang tertentu dan membawa lebih banyak pelaburan dan sebagainya.

“Jadi di sinilah saya rasa Malaysia perlu memberi tumpuan untuk menyelesaikan kekangan struktur ini,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat