Raja Sepanyol Kuarantin Kendiri

- Advertisement -

MADRID: Raja Sepanyol, Felipe VI menjalani kuarantin kendiri selepas mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19, menurut kenyataan istana semalam.

“Individu yang baginda temui semalam disahkan positif COVID-19 hari ini. Selaras dengan peraturan kesihatan, baginda akan menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari bermula hari ini,” kata kenyataan itu.

Pihak istana turut mengesahkan Raja Felipe, 52, akan menangguhkan segala aktiviti rasmi selama tempoh kuarantin.

Bagaimanapun, kenyataan itu berkata, Ratu Letizia dan dua anak perempuan mereka, Leonor serta Sofia ‘dibenarkan’ melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Puteri Leonor, 15, pernah menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu pada September lalu selepas seorang rakan sekelasnya dijangkiti COVID-19 tetapi remaja keturunan diraja itu disahkan negatif.

Sepanyol adalah antara negara di Eropah yang terjejas teruk akibat pandemik itu dengan mencatatkan 1.5 juta kes jangkitan dan lebih 43,000 kematian. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat