COVID-19: Lembaga Zakat Selangor Sahkan Kakitangan Positif

- Advertisement -

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor mengesahkan seorang kakitangan yang bertugas di ibu pejabatnya di Seksyen 13, positif COVID-19.

Dalam kenyataannya semalam, kakitangan itu disahkan positif COVID-19 kelmarin selepas menjalani ujian saringan pada Khamis lalu dan kini sedang menjalani rawatan.

“Sebelum ini, kakitangan berkenaan dikesan sebagai kontak rapat kepada kes positif dan pengurusan Lembaga Zakat Selangor mengarahkan beliau menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di rumah sejak 11 November lalu.

“Sepanjang tempoh kuarantin, kakitangan berkenaan tidak hadir ke pejabat dan tidak berurusan dengan mana-mana warga kerja lain serta pelanggan.

“Kami bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan semua tindakan bagi mencegah penularan pandemik COVID-19 dilaksanakan segera,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, proses disinfeksi secara menyeluruh dilaksanakan di kawasan kerja yang terbabit mengikut garis panduan ditetapkan.

Menurut kenyataan itu lagi, pelanggan yang berurusan dinasihatkan mematuhi tatacara operasi piawai ditetapkan di semua cawangan premis institusi berkenaan – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat