PN Tak Stabil Angkara ‘Game Plan’ Tikam Belakang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) lemah dan tidak stabil kerana terlalu banyak ‘game plan’ untuk menikam dari belakang, dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi.

Puad memberi bayangan beberapa kemungkinan bakal berlaku minggu ini bahkan katanya, minggu ini adalah minggu kemuncak kepada episod politik negara.

“Macam macam boleh berlaku minggu ini. Belanjawan lulus, belanjawan ditolak, undi tidak percaya, Parlimen bubar, Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri paling singkat dan mungkin akan ada Perdana Menteri baru.

“Kesemua (kemungkinan) ini gara gara kerajaan lemah iaitu kerajaan 113. Sebenarnya kerajaan ini boleh stabil jika ada kejujuran politik. Terlalu banyak game plan untuk menikam dari belakang,” catat Puad di Facebooknya.

Beliau memberitahu, maka inilah harga mahal yang terpaksa dibayar oleh Muhyiddin.

“ Selain penggunaan “darurat” yang gagal, Muhyiddin perlu keajaiban lain untuk selamatkan kerajaan PN?

“Pokoknya rakyat semakin bosan. Hentikan ego dan balas dendam. Balik kepada kejujuran politik,” nasihatnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat