Diskriminasi EU Terhadap Minyak Sawit Malaysia Perlu Ditamatkan – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien menggesa diksriminasi Kesatuan Eropah (EU) terhadap minyak sawit Malaysia perlu ditamatkan dengan segera.

Beliau berkata, demi lebih 500,000 pekebun kecil sawit, Malaysia akan terus pertahankan bahawa minyak sawit negara adalah produk mampan serta efisen semenjak dahulu lagi.

“Tamatkan diskriminasi Kesatuan Eropah terhadap minyak sawit Malaysia, ini yang saya utarakan kepada mereka semalam,

“EU harus mengiktiraf progam pemilikan Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia dan semua ini akan diperjuangkan oleh kerajaan dengan dibantu oleh Wisma Putra,” tegasnya ketika mengadakan sidang video bersama perwakilan tertinggi EU merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, HE Josep Borrell, semalam.

Jelas Hisham lagi, Malaysia dan Indonesia juga akan bekerjsama rapat dengan EU bagi mewujudkan sebuah Jawatankuasa Kerja demi menangani isu diskriminasi minyak sawit oleh EU.

“Malaysia akan terus berusaha habis-habisan melawan kes diskriminasi minyak sawit ini,”

“Lebih 500,000 pekebun kecil sawit terus jadi keutamaan,” tegasnya lagi. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat