KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, dikesan mempunyai harta dan aset di luar negara yang belum dibekukan.
Harta dan aset itu berkemungkinan digunakan menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, itu untuk menampung kehidupan di luar negara, lapor BH pada Jumaat
Bagaimanapun, akhbar itu tidak dapat memastikan jumlah harta dan lokasi aset berkenaan disimpan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan harta luar negara milik
Adlan belum dibekukan.
“Semua aset termasuk akaun milik Adlan di Malaysia sudah dibekukan SPRM berhubung siasatan yang dijalankan ke atasnya,” katanya.
Beliau mengulas laporan akhbar semalam, yang menunjukkan ahli perniagaan itu bersama beberapa kenamaan dari Asia Barat.
Sumber memberitahu, Adlan kerap keluar masuk negara berkenaan untuk perjalanan ke luar negara termasuk Thailand, bagi bermain golf dan mengunjungi lapang sasar menembak.
Adlan dikehendaki oleh SPRM atas pertuduhan pecah amanah.



