Wanita digesa jalani ujian saringan mamogram, tingkat kadar kelangsungan hidup – Nancy

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari 

KUALA LUMPUR – Menyedari tahap kesedaran wanita yang masih rendah berkaitan kesihatan payudara, 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus mempergiat kempen kesedaran dan pengesanan awal kanser payudara. 

Melalui dapatan tinjauan kesihatan kebangsaan dan morbiditi 2023 menunjukkan 71 peratus atau 3 daripada 4 wanita berumur 40 tahun ke atas tidak pernah melakukan saringan ujian mamogram. 

Sebanyak 46 peratus wanita berumur 18 tahun ke atas tidak melakukan pemeriksaan sendiri payudara bagi tempoh 12 bulan terakhir. 

Menterinya, Dato’ Sri Hjh. Nancy Shukri, berkata demikian ketika menyempurnakan majlis Kesedaran Kanser Payudara: Body Perfect’s the Power of Pink 2024 di Hotel Renaissance, dekat sini pada Ahad 

Turut hadir, Ketua Pengarah LPPKN, Hj. Abdul Shukur Abdullah; Patron Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Puan Sri Akmal Abdul Salam, dan Pengarah Urusan Body Perfect Sdn. Bhd, Mandy Tan.

Nancy berkata, sebanyak 46 peratus wanita berumur 18 tahun ke atas tidak melakukan pemeriksaan sendiri payudara bagi tempoh 12 bulan terakhir. 

Bagi ujian pap smear pula sebanyak 65 peratus wanita berumur 20 tahun dan ke atas tidak melakukan ujian tersebut dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Menurutnya, statistik laporan daftar Kanser Kebangsaan Malaysia bagi 2017-2021 turut merekodkan 50.5 peratus wanita yang menghidapi kanser payudara dikesan pada tahap 3 dan 4, meningkat berbanding tahun 2012-2016 sebanyak 48 peratus.

“Melihat kepada data yang membimbangkan ini, para wanita diseru lebih peka dan sedar akan kepentingan penjagaan kesihatan terutamanya berkaitan payudara dengan melakukan pemeriksaan secara berkala bagi pengesanan awal kanser melalui saringan ujian mamogram. 

“Hal ini bagi membolehkan penyakit itu dirawat awal dengan lebih berkesan sekaligus meningkatkan kadar kelangsungan hidup mereka, ”katanya. 

“Kerajaan telah menyediakan subsidi ujian mamogram secara percuma kepada kepada wanita yang layak dan pendaftaran bagi mendapatkan inisiatif ini boleh diakses melalui 50 buah Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara. 

“Selain itu, KPWKM melalui LPPKN turut melaksanakan kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) bagi mempromosikan saringan awal kanser melalui program Subsidi Ujian Mamogram serta program Saringan Kanser Serviks (HPV DNA), ”katanya lagi. 

Menerusi kenyataan oleh KPWKM memaklumkan, penyampaian mock voucher sebagai simbolik pemberian perkhidmatan saringan awal kanser reproduktif kepada wanita secara percuma sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2024. 

Menurutnya, program ini merupakan anjuran Body Perfect yang diadakan setiap tahun sebagai tanda sokongan kepada BCWA. 

Menurutnya lagi, antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pemeriksaan klinikal payudara, ceramah kesihatan, pendaftaran subsidi ujian mamogram , demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara (BSE).

Selain itu, ujian HPV DNA, demonstrasi memasak makanan sihat, aktiviti santai tarian latin dan persembahan violin dan pelbagai aktiviti menarik yang lain. 

“Ceramah kesihatan pula menampilkan panel yang mempunyai kepakaran dalam berpengalaman luas dalam bidang masing-masing bagi memberi kefahaman mengenai kanser payudara, ”tambahnya.  

“Antaranya, selebriti dan Miss Hong Kong, Event Ambassador, Grace Chan membicarakan, ‘How to Have It Al‘ dan Pakar Bedah Payudara & Endokrin dari Prince Court Medical Centre, Dr Harjit Kaur yang mengupas mengenai topik ‘Breast Cancer in Young Women: Unique Challenges and Solutions’. 

“Manakala Pegawai Perubatan LPPKN, Dr. Wan Nur Baiti Sudin, pula mengulas  lanjut mengenai , The Power of Screening: Mammograms & HPV DNA,”tambah kenyataan itu lagi. SUARA.TV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat