Jual beli dadah di platform e-Dagang akan dipantau- Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti keperluan mewujudkan peruntukan undang-undang yang boleh mengawal selia semua platform e-Dagang bagi membanteras pembelian dan penghantaran dadah melalui aplikasi dalam talian,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam aspek bekalan dadah yang mudah diperoleh khususnya secara dalam talian, kerajaan sedang meneliti keperluan mewujudkan peruntukan undang-undang yang boleh mengawal selia semua platform e-Dagang.

Menurut beliau, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah semalam telah menggariskan tiga matlamat utama dalam mewujudkan game changer bagi membanteras gejala dadah dengan menyeluruh dan berkesan.

Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) berkata, tiga matlamat utama tersebut meliputi tindakan menghalang penyeludupan dan pengedaran dadah, meluaskan akses kepada rawatan dan pemulihan serta meningkatkan daya tindak dari bahaya dadah.

“Dalam matlamat pertama, tindakan membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah bagi menghalang kemasukan dadah haram ke dalam negara ini akan segera digerakkan dengan menghapuskan jalan-jalan tikus dan jeti haram di Perlis, Kelantan dan Kedah.

Selain itu, katanya, kawalan lebih ketat perlu dilaksanakan dengan meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk membolehkan hukuman lebih berat dikenakan kepada pengedar dadah dan pemilikan dadah.

“Pengukuhan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM juga perlu diberi perhatian serius oleh Kerajaan bagi memastikan JSJN berupaya membanteras pengedaran dadah dengan lebih sistematik dan komprehensif.

“Selain itu, usaha meluaskan akses kepada rawatan dan pemulihan dengan melihat dua aspek utama iaitu pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan pindaan jadual Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1969 (Akta 7).

“Sekiranya akses ini dapat dilebarkan, usaha mengalihkan penyalahgunan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada rawatan dan pemulihan serta merawat pulih penyalahgunaan bahan seperti ketum dan gam dapat dilaksanakan.

“Usaha ini secara tidak langsung dapat mengurangkan stigma dan kesan pemenjaraan kepada penyalahgunaan dadah dan bahan,” katanya.

Dalam pada itu, Zahid juga mencadangkan untuk meningkatkan daya tindak masyarakat dari bahaya dadah dengan menyediakan pelan strategik dan komunikasi yang komprehensif.

Pelan ini, katanya, akan meningkatkan keterlibatan masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pencegahan gejala dadah di seluruh negara.

“Saya percaya bahawa penerapan daya tindak segera masyarakat dilihat berupaya memberi pencegahan awal tentang bahaya dadah kepada masyarakat dengan cara mendidik golongan berisiko melindungi diri daripada terjebak dengan gejala dadah.

“Secara keseluruhan, di bawah tiga matlamat utama yang dibentangkan membawa kepada tujuh keputusan untuk membawa misi negara ke arah Dadah Terkawal 2025,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat