TPM: Tumpu Menang PRU Dahulu, Jika Masuk Manisfesto Kita Laksanakan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai wakil parti mana yang akan dijadikan calon timbalan perdana menteri (TPM) sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan menjadi dominan, hanya akan diputuskan selepas PRU nanti, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana menteri berkata setakat ini perkara paling penting diberi tumpuan adalah untuk BN memenangi PRU15 terlebih dahulu.

“Tak tahu lagi, biar kita (BN) menang pilihan raya dulu, kalau perkara ini (jawatan TPM) dalam manifesto, kalaulah perkara ini dalam manifesto kita, tentu sahaja kita akan pastikan ia dilaksanakan.

“Bagaimanapun kita tunggu lepas kita menang dulu, lepas tu kita bincanglah, sebab tentu sahaja kalau kita teruskan dengan cadangan kita ini, manifesto kita ini, kita akan dapatkan nama… kalau wakil Sabah, Sabah lah yang akan beri nama, kalau wakil daripada Sarawak, kerajaan Sarawak yang akan memberi nama kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutup Program [email protected] di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya sudah terdapat calon daripada Sabah dan Sarawak untuk jawatan TPM.

Ketika ditanya berkaitan kenyataan PAS yang mengatakan tiga jawatan TPM itu bukan satu keperluan kerana ia cuma janji terdesak untuk meraih undi, Ismail Sabri secara ringkas berkata: “Itu pandangan daripada PAS lah, biarlah PAS dengan pandangan dia, kita dengan pandangan kita.”

Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesyorkan agar tiga jawatan TPM masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung, diwujudkan jika BN menang dominan pada PRU15.

Ahmad Zahid mengesyorkan supaya cadangan jawatan kedua tertinggi kerajaan itu dimasukkan dalam manifesto BN. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,482FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat