Anwar juga punca keadaan gawat ini – Annuar Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara faktor yang menyebabkan berlakunya kegawatan di dalam negara ketika ini.

Annuar berkata, tindakan Ketua Pembangkang mendakwa mendapat sokongan kukuh dari ahli-ahli parlimen hingga cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong dengan dokumen yang meragukan menyebabkan situasi gawat ini berlaku.

“Jangan hukum sebelum benda berlaku…dia (Anwar) sendiri ramal (darurat) dia sendiri jatuh hukum itu tidak baik.

“Ramal kerajaan buat itu buat ini… belum dengar kerajaan nak buat macam mana, apa nak dibuat.. kemudian terus menghukum.

“Saya fikir itu adalah tidak beretika lagi pun saya rasa Anwar kena terima hakikat bahawa dia sendiri ada peranan yang timbulkan keadaan gawat ketika ini,” katanya kepada media selepas melakukan Tinjauan Operasi MyGrocer@Wilayah di Setapak, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Port Dikscon itu yang mengatakan tindakan kerajaan sebagai langkah kebelangkang sekiranya melaksanakan darurat.

Anwar semalam menerusi kenyataan juga menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menimbang semula keputusan itu kerana ia ternyata suatu keputusan yang pendek akal dan penting diri.

Mengulas lanjut Annuar berkata, setiap pihak baik pembangkang mahupun kerajaan perlu memahami masalah yang sedang dihadapi kerana sitausi yang melanda negara ketika ini bukan sahaja masalah kerajaan tetapi masalah semua.

“Sebab bila sebut darurat orang awam bayang darurat seperti peristiewa 13 Mei tetapi kita lupa banjir di Manik Urai itu namanya darurat banjir. Ia mempunyai pelbagai jenis darurat

“Jadi tunggu la… kerajaan belum buat apa-apa keputusan kerana segalanya mesti ikut jalur perundangan. Jadi kalau kerajaan belum buat kita sudah menjatuh hukum kerajaan nak jadi diktator, Perdana Menteri nak selamatkan diri saya fikir itu tidak adil,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat