Ancelotti Kekal Pilih Pickford

- Advertisement -

London: Pengurus Everton, Carlo Ancelotti berkata, Jordan Pickford tidak akan diketepikan selepas melalui minggu kontroversi berikutan insiden mengasari pemain Liverpool, Virgil van Dijk yang kemudian berdepan kecederaan lutut.

Penjaga gol Everton itu menerima kritikan meluas kerana tindakannya itu pada aksi seteru setempat minggu lalu.

Dia ‘diserang’ di media sosial selepas Van Dijk terpaksa diketepikan selama beberapa bulan akibat kecederaan itu.

Pihak polis sedang menyiasat ancaman dihadapi oleh Pickford dan rakan sepasukan di Everton, Richarlison yang dibuang padang kerana mengasari Thiago Alcantara.

Pemilihan Pickford sebelum ini juga mencetuskan persoalan selepas melakukan beberapa kesilapan besar sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun Ancelotti tidak akan mengetepikan penjaga gol antarabangsa England itu apabila pendahulu Liga Perdana itu bertemu Southampton di St Mary esok.

“Saya tidak akan mengetepikannya. Dia beraksi dengan baik dan fokus pada setiap perlawanan. Saya rasa dia akan beraksi esok,” kata Ancelotti.

Ancelotti ditanya adakah Pickford sudah menyatakan permohonan maaf kepada Van Dijk sejak insiden itu.

“Yang saya tahu dia ada menghubungi (Jordan) Henderson. Dia cuba menghubunginya (Van Dijk) tetapi saya tidak tahu sama ada dia berjaya menghubunginya,” katanya – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat