KUALA LUMPUR – Naib Ketua PKR Pulau Pinang Fahmi Zainol menyelar pengkritik yang memperlekeh penurunan RM 0.06 sen harga subsidi petrol RON95 yang diumum kerajaan.
Adun Pantai Jerejak itu membidas, RM 1.99 adalah lebih baik daripada tiada sebarang penurunan daripada sebelum-sebelum ini.
“Tiada paksaan untuk kita isi RM 1.99, ada pilihan lain selain harga subsidi.
“Sikit bagi kita, banyak untuk orang lain,” kata Exco Pulau Pinang itu.
Beliau berkata demikian membalas kritikan yang meremehkan rakyat hanya jimat RM18 hasil daripada subsidi RON95 berkenaan memandangkan harga petrol sebelum ini RM2.05 dan kini hanya turun RM1.99.
Menurut pengktitik seliter harga minyak turun RM 0.06 dengan maksimum 300 liter sebulan.
Konon katanya, rakyat jimat RM18, itupun kalau isi sampai 300 liter sebulan dan mempersoalkan nilai penghargaan kepada rakyat Malaysia RM18 sebulan sahaja.



