Usul undi tak percaya bukan ‘olok-olok’ – Izzah

- Advertisement -

KLUANG – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengingatkan Pas agar tidak menjadikan perkara demokrasi sebagai sesuatu yang ‘olok-olok’

Mandat rakyat tidak wajar dipandang remeh seperti mana yang dilakukan pimpinan Pas yang dinilai sebagai tidak serius mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan, tegas Izzah.

“Kalau kita buat dalam medan perjuangan Dewan Rakyat ataupun proses pilihan raya yakni dalam proses menghormati sistem pengundian itu sendiri, ia bukanlah sesuatu yang ‘olok-olok’.

“Jadi kita ambil serius mandat rakyat. Kita ambil serius undi dan sekarang ini usaha untuk meraih sokongan daripada rakyat.

“Justeru, saya berharap dalam apa yang kita lakukan kerana itulah undi yang telah diberikan. Dalam sidang Parlimen sendiri memberi sepenuh keyakinan dan mandat kepada Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat,” kata Izzah sewaktu ditemui pemberita ketika program ziarah kasih di Taman Ilham pada Selasa.

Izzah berkata demikian mengulas tindakan Pas di muktamar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan.

Namun, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kemudiannya mengakui Kerajaan Perpaduan ketika ini sudah mempunyai kekuatan dua pertiga majoriti di Parlimen yang membuktikan tiada keperluan untuk Pas menyahut seruan Anwar agar berundur dari jawatan Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat