Malaysia mahu kuasa veto Majlis Keselamatan PBB dihapuskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia meminta agar kuasa veto yang ada pada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dihapuskan kerana ia seringkali disalaguna.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kuasa veto sering disalahguna untuk memihak kepada kuasa dunia yang memilikinya.

Katanya lagi, kuasa yang ada itu tidak demokratik dan melanggar hak asasi manusia serta boleg menjadi penyebab berlakunya konflik yang tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana wakil PBB.

“Ia tidak demokratik dan melanggar prinsip asas demokrasi. Ini menyebabkan konflik yang berlaku tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana wakil tetap majlis tersebut.

“Selaras dengan prinsip satu negara satu undi, sekarang adalah masanya kuasa veto dihapuskan. Sebagai organisasi yang membawa semangat dan lambang demokrasi kepada dunia, PBB perlu kembali kepada landasan penubuhannya,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-77 di New York, Amerika Syarikat.

UNGA merupakan sebuah perhimpunan agung tahunan yang dihadiri lebih 150 pemimpin dunia.

Ismail yang berucap sambil mengenakan baju Melayu hitam itu berkata lagi, konflik dan krisis yang berlaku seperti di Ukraine, Palestin dan Myanmar tidak dapat diselesaikan kerana kepincangan sistem tadbir urus global dan PBB.

Kata Perdana Menteri, konflik akan hanya mengakibatkan kesan negatif kepada seluruh dunia.

Beliau turut memberi contoh pelbagai masalah yang wujud antaranya kekurangan zat dan sumber makanan.

Sehubungan itu, Ismail berkata semua negara perlu memberi penekanan kepada isu sekuriti makanan bagi menjamin sumber makanan yang mencukupi untuk semua.

Selain itu, beliau berkata tema sesi kali ini iaitu “Suatu Detik Perubahan: Penyelesaian Transformatif kepada Cabaran Bersaling Kait” amat bersesuaian dengan situasi yang sedang dilalui dunia.

Keamanan dan kestabilan adalah penting dalam mengharungi setiap cabaran besar masa kini, baik krisis perubahan iklim, kemiskinan global mahupun kesan pandemik berterusan, katanya lagi.

“Sehebat manapun perancangan kita, ia tidak akan bertahan daripada kemusnahan dan pembaziran yang disusuli dengan peperangan moden. Inilah kebenaran yang tidak seharusnya kita lupa,” kata Ismail.

Selain itu, dalam ucapan sama, Ismail memberitahu bahawa Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan pengasingan sesebuah negara daripada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa kerana ia bertentangan dengan prinsip multilateralisme dan menghalang dialog yang membantu orang awam.

Seperti situasi di Ukraine, kata Ismail, ia membuktikan peperangan menelan kos yang tinggi.

“Ini dibuktikan dengan situasi yang dialami oleh Ukraine. Kesannya bukan sahaja dideritai oleh rakyat dan negara itu, malah turut dirasai dunia. Konflik ini telah mengancam keamanan, keselamatan global, ekonomi dan menggugat sekuriti makanan,” katanya.

Sambil mengalu-alukan kewujudan koridor laluan laut yang membolehkan penghantaran bijirin dari Ukraine, Ismail Sabri mengulangi gesaan agar semua negara, terutamanya kuasa-kuasa besar, supaya mengelak daripada mewujudkan blok pengasingan yang akan hanya mendorong dunia ke kancah perang dingin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat