PM Lancarkan Rumah Ikram Keluarga Malaysia Dengan Sewa RM 124 Sebulan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperkenalkan insiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah Ikram Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Rumah Ikram merupakan satu inisiatif yang tepat pada masanya dan langkah penampan yang boleh kerajaan berikan kepada rakyat yang memerlukan.

Menurut beliau, Rumah Ikram Keluarga Malaysia ini menjadi teduhan kepada Keluarga Malaysia yang kehilangan dan kekurangan pendapatan, atau mungkin juga kehilangan pekerjaan, sehingga tidak lagi mampu membayar sewa rumah yang tinggi dan begitu juga ada yang terdesak menumpang di rumah saudara mara kerana terpaksa keluar dari rumah sewa.

“Saya difahamkan sebanyak 1,000 unit Rumah Ikram Keluarga Malaysia disediakan sebagai permulaan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (atau PPR) di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Kelantan dan Johor dengan kadar sewa minimum, iaitu RM 124 sebulan selama tempoh maksimum dua tahun.

“InsyaAllah, saya optimis dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan ini, ia akan memberi manfaat kepada keluarga penerima rumah berkenaan,” ucap Perdana Menteri pada Jumaat.

Bukan sekadar itu saja, Ismail Sabri turut mengumumkan tiga berita baik sejajar dengan projek Rumah Ikram tersebut.

“Saya memahami bahawa 1,000 unit rumah di 11 kawasan PPR yang berada di bawah kawal selia dan pengurusan KPKT, tidak mencukupi untuk menjadi tempat berlindung bagi Keluarga Malaysia yang terkesan akibat hilang mata pencarian. Ini kerana 139 projek PPR lain telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri.

“Justeru, setelah perbincangan antara KPKT dan Pihak Berkuasa Negeri, sukacita saya umumkan bahawa Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah Ikram akan ditambah kepada 2,000 unit, yang akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 10 ribu isi rumah yang memerlukan,” katanya.

Selain itu, ujar beliau lagi, bagi mengurangkan tekanan dan bebanan kepada penerima inisiatif Rumah Ikram, sukacita diumumkan bahawa semua penerima manfaat akan diberikan pengecualian bayaran sehingga 6 bulan bermula dari tarikh menerima kunci.

Jelas beliau, pengecualian bayaran sewa ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan melibatkan peruntukan kira-kira RM 3 juta ringgit.

Katanya, ini bagi membolehkan saudara dan saudari penerima manfaat, khususnya ketua isi rumah dapat menumpukan usaha untuk merancakkan ekonomi keluarga.

Satu lagi khabar gembira yang saya ingin umumkan, khususnya kepada penghuni sedia ada di kawasan PPR, kerajaan juga tidak akan meminggirkan kebajikan mereka.

“Untuk itu, sukacita saya maklumkan bahawa, program moratorium bayaran sewa kepada penghuni PPR sedia ada di bawah kawal selia dan pengurusan KPKT, akan diteruskan sehingga akhir tahun 2022.

“InsyaAllah, langkah ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 ketua isi rumah atau 50,000 penghuni PPR, dengan melibatkan tanggungan kewangan kerajaan berjumlah RM 18.84 juta.

“Inilah sebahagian daripada usaha kita, inisiatif kita, ikhtiar kita untuk Keluarga Malaysia yang memerlukan.Kerajaan terus komited memberikan yang terbaik kepada rakyat keseluruhannya,” ucap beliau.

Ismail Sabri menambah, dalam tempoh mendatang ini, pelbagai inisiatif dan usaha kerajaan akan diusahakan demi Keluarga Malaysia.

“InsyaAllah, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat bakal menggariskan hala tuju dan pendekatan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia diberi keutamaan.

“Kepada Keluarga Malaysia penerima manfaat Rumah Ikram ini, saya doakan semoga urusan saudara dan saudari dipermudahkan dan kerajaan akan terus bersama-sama anda semua dalam apa jua keadaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat