46 Peratus Ahli KWSP 55 Tahun Ke Bawah Miliki Simpanan Kurang RM10,000 – KWSP

- Advertisement -

SHAH ALAM – Sebanyak 46 peratus ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, angka tersebut amat membimbangkan walaupun pihaknya yakin bahawa pakej rangsangan dan inisiatif kerajaan akan dapat membantu meningkatkan perniagaan serta permintaan dalam negeri.

“Pandemik Covid-19 telah mengakibatkan kejatuhan ketara dalam peratusan ahli yang mencapai simpanan asas (RM240,000 pada 55 tahun) daripada 36 peratus kepada 27 peratus susulan pengeluaran dibuat bagi menampung pendapatan semasa krisis itu.

“Ketika kita sedang pulih daripada krisis, fokus KWSP ialah membantu ahli membina semula simpanan persaraan mereka.

“Kami akan fokus kepada ‘Alokasi Aset Strategik’ dan peka terhadap perkembangan profil risiko pasaran agar penambahbaikan dapat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu beliau berpandangan, pandemik Covid-19 yang melanda negara turut mengakibatkan peningkatan jumlah pekerja gig di Malaysia.

Jelasnya, walaupun ia membantu mereka untuk bertahan, ramai individu ketika ini berhadapan dengan masalah ketidakcukupan simpanan persaraan akibat pendapatan yang tidak tetap atau stabil.

Ujar beliau, ia juga bukan sahaja memberi kesan terhadap kesejahteraan masa depan pekerja malah turut membebankan kerajaan.

“Strategi utama KWSP di masa hadapan ialah memastikan pekerja gig serta mereka yang bekerja dalam sektor tidak formal untuk diserap ke Skim KWSP agar mereka juga berpeluang menabung seawal mungkin dan merancang persaraan.

“Penyelesaian jangka masa panjang amat diperlukan bagi memastikan perlindungan sosial yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat