Saya Dah Beritahu Muhyiddin Awal-awal, Tapi Dia Tak Dengar” – Tun M

- Advertisement -

KOTA KINABALU- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan krisis politik yang berlaku mutakhir ini telah dinyatakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin namun, tidak diendahkan.

Katanya, sewaktu beliau membuat pendirian menolak kerjasama dengan UMNO secara en-bloc kerana itu bermakna “saya terpaksa menerima kesemua Ahli Parlimen UMNO termasuklah orang yang menghadapi puluhan kes di mahkamah”.

“Tetapi Muhyiddin berkata dia sanggup bekerjasama dengan UMNO secara en-bloc walaupun dia boleh diugut oleh UMNO jika kemahuan mereka tidak tercapai.

“Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah di Mahkamah Tinggi atas tujuh tuduhan kita dapat lihat bagaimana penyokongnya mula memperlihatkan rasa tidak puas hati terhadap Muhyiddin.

“Hari ini, jelas apa yang saya jangka akan berlaku sedang berlaku dan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam mengesahkan bahawa sokongan daripada UMNO memang bersyarat.

“Dan sokongan UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pasti bersyarat walau tidak diumum. Walaupun Anwar kata yang dia tidak menerima sokongan daripada enam Ahli Parlimen yang menghadapi kes-kes mahkamah, sudah pasti yang memberi sokongan kepada Anwar mempunyai kesetiaan yang lebih kepada Najib dan Ahmad Zahid.

“Jika kemahuan dua pemimpin mereka ini tidak dipenuhi, maka mereka akan bertindak sama seperti mereka lakukan kepada Muhyiddin dan menarik balik sokongan dan jatuhkan kerajaan.

“Terpulanglah kepada Muhyiddin memikir akan pilihan yang terbuka padanya,” kata Tun Mahathir dalam satu kenyataannya, hari ini.

Selain itu, Ahli Parlimen Langkawi itu juga menyimpulkan, kenyataan Anwar semalam telah membuktikan Muhyiddin telah hilang majoritinya di Parlimen untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

“Jika kita menenrima kenyataan Ahmad Zahid adalah benar atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, maka Muhyiddin tidak boleh lagi tegas dia masih mempunyai majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

“Perkara yang penting sekarang ialah meneliti sama ada Perdana Menteri masih mempunyai majoriti untuk kekal di kerusinya.

“Sama ada Anwar mempunyai majoriti adalah perkara kedua dan ini sesuatu yang perlu dia buktikan,” tegasnya.

Selain itu, pengasas parti Pejuang ini juga berkata, umum maklum majoriti yang dimiliki oleh Muhyiddin sebelum ini amat tipis, antara satu atau dua orang sahaja, maka jika seorang atau dua Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan mereka, maka hilanglah majoriti Muhyiddin.

“Bagi saya, Muhyiddin sejak awal lagi tidak mempunyai majoriti, tetapi telah berjaya menutup kebenaran dengan membawa ketua-ketua parti mengadap Yang di-Pertuan Agong dan menbuat bilangan secara pukal tanpa perlu memperinci siapa Ahli Parlimen yang menyokongnya.

“Hal demikian, sejak dari pengisytiharan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri saya telah meminta supaya satu undi tidak percaya dapat diusulkan di Parlimen untuk menyelesaikan masalah ini.

“Jika Muhyiddin berjaya mengalahkan undi tidak percaya itu maka selepas itu tidak timbul lagi isu dia tidak dapat sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Jika dia kalah, Ahli-ahli Dewan Rakyat berpeluang mengusulkan calon Perdana Menteri yang baru dan sesiapa yang mendapat majoriti akan menerajui kerajaan tanpa terlalu banyak tekanan berkaitan legitimasi.

“Jika ini dapat kita lakukan maka kita dapat mengelakkan daripada perlunya mengadakan pilihan raya umum (PRU) pada ketika negara masih bergelut dengan wabak Covid-19,” jelas Tun Mahathir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat