#PRNSabah : Shaheizy Sam Turut Bantu Kempen Bung Di Kinabatangan

- Advertisement -

Kinabatang – Pelakon popular, Shaheizy Sam turut kelihatan turun padang bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N58, Lamag, Seri Bung Moktar Radin.

Berdasarkan perkongsian di laman Instagram Datin Seri Zizie Ezette, pelakon filem Polis Evo itu kelihatan berjumpa dengan para pengundi di sekitar Lamag sambil mengenakan baju yang memaparkan gambar abang iparnya.

Kehadiran Shaheizy itu menarik tumpuan para penduduk yang tidak putus-putus mahu bergambar dengannya.

Terdahulu Bung bersama isterinya Zizie mengadakan jelajah sekitar Dun Lamag bagi bertemu dengan pengundi dalam siri jelajah kempen yang diadakan.

Untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Pengerusi BN Sabah itu akan berhadapan dengan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Ismail Ayob, calon Parti Cinta Sabah (PCS) Razman Mayah, calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Mohd Al Ruzainie @ Shirin Abdul Rahman dan Junny @ Karuak Abdullah yang bertanding atas tiket Bebas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat