UMNO tak perlu EGM, lebih baik buat post-mortem terperinci – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi menyatakan tidaka ada keperluan untuk Umno mengadakan Mesyurat Agung Luar Biasa (EGM).

Beliau sebaliknya mencadangkan agar UMNO melaksanakan post-mortem terperinci di semua peringkat.

“Perlukah EGM UMNO? Pada saya tidak perlu. Pemilihan parti telah dibuat tahun lalu dari peringkat Naib Presiden sampai ke cawangan.

“Naib Presiden orang baru dan majoriti Ketua Bahagian juga orang baru.

“Bahkan selepas UMNO hilang kuasa pada tahun 2018, pemilihan parti dibuat dari atas sampai ke bawah. Datuk Seri Ahmad Zahid kalahkan Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh,” katanya pada Khamis.

Jelas Puad, EGM tidak perlu semata mata untuk putuskan pemilihan parti.

“Pemilihan tetap berlaku. Tahun lalu parti yang putuskan tidak ada pertandingan nombor 1 dan 2.

“Lebih baik buat post-mortem terperinci di semua peringkat dan laksanakannya. Lebih mikro dan fokus,” kata beliau.

Sebelum ini seorang lagi ahli MKT UMNO, Isham Jalil
menggesa dan menyarankan supaya satu mesyuarat Majlis Tertinggi Khas dan perhimpunan agung UMNO khas diadakan segera untuk membincangkan hala tuju parti di saat yang getir dan kritikal ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat