Zuhdi secara peribadi belum yakin Najib bersalah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Walaupun Mahkamah Persekutuan semalam telah menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak, namun bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki masih belum yakin bekas perdana menteri itu bersalah.

Mohd Zuhdi berkata, beliau berpendirian sedemikian berikutan keberanian Najib melakukan sumpah mubahalah pada malam Isnin di Masjid Kampung Baru.

“Meskipun hukuman telah dijatuhkan oleh mahkamah ke atas Datuk Seri Najib, secara peribadi jauh di sudut hati, saya belum dapat diyakinkan bahawa Datuk Seri Najib bersalah seperti yang cuba dibuktikan oleh pihak pendakwa.

“Keberanian Dato Sri Najib untuk melakukan sumpah mubahalah walaupun ia bukan sebahagian dari proses perundangan, menyebabkan saya berpendirian sedemikian,” katanya dalam kenyataan yang ditulis di Facebooknya.

Selain itu, Mohd Zuhdi juga berkata, jasa Najib semasa menjadi perdana menteri dengan melakukan transformasi terhadap dasar dan amalan yang dirosakkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya dilupa.

Jelasnya, sekiranya tiada transformasi yang dilakukan Najib, negara akan kurang berupaya untuk menghadapi pandemik Covid-19.

“Apa jua pun keputusan yang telah dijatuhkan oleh mahkamah ke atas Datuk Seri Najib, masyarakat Malaysia khususnya umat Islam perlu terus bersatu-padu untuk membangunkan negara dan mempertahankan keharmonian.

“Tidak dapat dinafikan, peranan Datuk Seri Najib adalah besar untuk membuka perdamaian antara PAS dan UMNO yang telah bermusuhan begitu lama sebelum ini,” ujarnya lagi.

Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan sabitan dan hukuman penjara ke atas Najib selama 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana SRC International bernilai RM42 juta.

Jika gagal menjelaskan denda tersebut, hukuman penjara akan ditambah lima tahun lagi.

Selepas mahkamah selesai menyampaikan keputusan, Najib kemudian terus dibawa ke Kompleks Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat